Tuesday, July 22, 2008

Perincian Komponen Utama dalam Baja Organik Pirab Jumbo

PIRAB JUMBO

( THAILAND )

KOMPOSISI BAJA PIRAB JUMBO
:

N (Nitrogen) = 6% ........................................................................GA (Amino Acid-Glutamic Acid) = 0.2%
P
(Phosphorous) = 4% ..............................................................HA (Humic Acid) = 5%
K (Potash (Potassium)) = 2% .............OM (Organic Matter) = 35 %


1. Baja Organik PIRAB JUMBO merupakan baja yang mengandungi 100% bahan organik yang boleh digunakan ke atas semua jenis tanaman (daripada rumput sehinggalah ke tanaman kontan seperti sawit, getah, padi dan lain-lain). Ianya mengandungi 4 komponen utama iaitu:

a. AZOMITE (OM) yang diimport dari Amerika Syarikat.

b. AGRO-LIG (HA) yang diimport dari Amerika Syarikat .

c. AMYKOR (Mycorrhiza) yang diimport dari Jerman.

d. Amino Acid - Glutamic Acid (GA) yang dikeluarkan oleh Thailand.

2. AZOMITE – adalah akronim atau singkatan kepada A to Z Of Minerals Including Trace Elements. Ianya merupakan komponen organik yang utama dalam Baja Organik PIRAB JUMBO ini. AZOMITE mengandungi lebih 70 komponen bahan mineral yang membantu di dalam pertumbuhan serta perkembangan tumbuhan dan haiwan atau dikenali sebagai mikronutrien atau Organic Matter (OM) seperti Alumina (Al2O3), Barium Oxide (BaO), Calcium Oxide (CaO), Carbon (C), Chlorine (Cl), Ferric Oxide (Fe2O3), Hydrogen (H), Magnesium Oxide (MgO) dan lain-lain. Ianya merupakan komponen yang terbesar di dalam baja ini iaitu sebanyak 35%. OM di dalam AZOMITE ini mampu:

  1. Menyediakan karbon dan sumber tenaga kepada mikrob tanah.
  2. Menstabilkan serta memegang partikel tanah untuk mengurangkan kadar pemecahan tanah
  3. Meningkatkan keupayaan tanah untuk menyimpan serta menyalurkan udara dan air kepada tumbuhan.
  4. Menyimpan dan membekalkan nutrien seperti nitrogen, phosphorus dan sulfur yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok dan organisma tanah.
  5. Mampu mengurangkan kesan racun kimia, logam berat dan pencemaran lain ke atas tanah.

3. Baja ini mengandungi Humic Acid (HA) yang merupakan komponen yang dapat membantu di dalam proses penyerapan baja dan nutrien lain untuk tumbuhan.

4. AMYKOR – adalah bahan kulat akar (fungus root) dikenali sebagai mycorrhiza yang membantu perkembangan akar tumbuhan secara biologikal. Mycorrhiza meningkatkan kebolehan akar untuk menyerap nutrient serta menyimpan karbohidrat.

5. Baja ini juga mengandungi Amino Acid-Glutamic Acid (GA), yang merupakan protein yang menggalakkan pertumbuhan pokok. Ianya mampu meningkatkan penghasilan buah atau bunga. Kandungan baja ini mengandungi 0.2% kerana GA yang terlalu banyak akan menyebabkan perkembangan buah atau bunga terbantut.

6. Selain daripada itu, baja PIRAB JUMBO ini juga mengandungi komponen N-P-K sama seperti baja sintetik atau kimia yang ada di pasaran. N (Nitrogen) membantu pertumbuhan daun supaya lebih sihat dan kuat. P (Phosphorus) membantu pertumbuhan serta perkembangan akar dan bunga manakala K (Potassium atau Potash) penting untuk kesihatan tumbuhan secara keseluruhan. Jika dibandingkan baja PIRAB JUMBO dan baja sintetik yang terdapat di pasaran, peratusan N-P-K baja PIRAB JUMBO ini adalah lebih rendah. Ini kerana mineral di dalam AZOMITE mempunyai kadar N-P-K yang rendah. Selalunya kita menggunakan baja yang mengandungi nisbah N-P-K yang tinggi untuk menghasilkan kadar pertumbuhan yang lebih baik. Akan tetapi aplikasi peratusan N-P-K yang berlebihan walaupun dapat mempercepatkan pertumbuhan pokok, ia mampu menjadikan pokok lemah dan mudah diserang penyakit dalam jangkamasa panjang. Kadar N-P-K yang rendah di dalam Baja PIRAB JUMBO ini memberi kelebihan dari aspek penggunaan yang berlebihan baja ini tidak akan menyebabkan pokok menjadi panas dan mati.

7. Baja PIRAB JUMBO adalah baja organik yang menggabungkan enam komponen biologi yang utama dan penting bagi pertumbuhan serta perkembangan tumbuhan, yang tidak terdapat pada baja organik biasa atau baja sintetik/kimia yang ada di pasaran. Baja PIRAB JUMBO merupakan baja organik yang sangat efektif kerana kandungan bahannya yang stabil dan 100% bersifat organik. Ianya adalah mesra alam kerana tiada unsur kimia yang menyerap di dalam tanah seterusnya dialirkan ke kawasan sumber air apabila digunakan. Baja PIRAB JUMBO mampu mengubah persepsi masyarakat Malaysia untuk menggunakan baja yang tidak merosakkan tanah khususnya dan alam sekitar amnya tetapi berkeupayaan meningkatkan daya pengeluaran hasil pertanian.

1 comment:

Twin Spark said...

harga mcmmana tuan kalau 4 tan brp
termasuk tmbang ke n9