Tuesday, July 22, 2008

Perincian Komponen Utama dalam Baja Organik Pirab Jumbo

PIRAB JUMBO

( THAILAND )

KOMPOSISI BAJA PIRAB JUMBO
:

N (Nitrogen) = 6% ........................................................................GA (Amino Acid-Glutamic Acid) = 0.2%
P
(Phosphorous) = 4% ..............................................................HA (Humic Acid) = 5%
K (Potash (Potassium)) = 2% .............OM (Organic Matter) = 35 %


1. Baja Organik PIRAB JUMBO merupakan baja yang mengandungi 100% bahan organik yang boleh digunakan ke atas semua jenis tanaman (daripada rumput sehinggalah ke tanaman kontan seperti sawit, getah, padi dan lain-lain). Ianya mengandungi 4 komponen utama iaitu:

a. AZOMITE (OM) yang diimport dari Amerika Syarikat.

b. AGRO-LIG (HA) yang diimport dari Amerika Syarikat .

c. AMYKOR (Mycorrhiza) yang diimport dari Jerman.

d. Amino Acid - Glutamic Acid (GA) yang dikeluarkan oleh Thailand.

2. AZOMITE – adalah akronim atau singkatan kepada A to Z Of Minerals Including Trace Elements. Ianya merupakan komponen organik yang utama dalam Baja Organik PIRAB JUMBO ini. AZOMITE mengandungi lebih 70 komponen bahan mineral yang membantu di dalam pertumbuhan serta perkembangan tumbuhan dan haiwan atau dikenali sebagai mikronutrien atau Organic Matter (OM) seperti Alumina (Al2O3), Barium Oxide (BaO), Calcium Oxide (CaO), Carbon (C), Chlorine (Cl), Ferric Oxide (Fe2O3), Hydrogen (H), Magnesium Oxide (MgO) dan lain-lain. Ianya merupakan komponen yang terbesar di dalam baja ini iaitu sebanyak 35%. OM di dalam AZOMITE ini mampu:

  1. Menyediakan karbon dan sumber tenaga kepada mikrob tanah.
  2. Menstabilkan serta memegang partikel tanah untuk mengurangkan kadar pemecahan tanah
  3. Meningkatkan keupayaan tanah untuk menyimpan serta menyalurkan udara dan air kepada tumbuhan.
  4. Menyimpan dan membekalkan nutrien seperti nitrogen, phosphorus dan sulfur yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok dan organisma tanah.
  5. Mampu mengurangkan kesan racun kimia, logam berat dan pencemaran lain ke atas tanah.

3. Baja ini mengandungi Humic Acid (HA) yang merupakan komponen yang dapat membantu di dalam proses penyerapan baja dan nutrien lain untuk tumbuhan.

4. AMYKOR – adalah bahan kulat akar (fungus root) dikenali sebagai mycorrhiza yang membantu perkembangan akar tumbuhan secara biologikal. Mycorrhiza meningkatkan kebolehan akar untuk menyerap nutrient serta menyimpan karbohidrat.

5. Baja ini juga mengandungi Amino Acid-Glutamic Acid (GA), yang merupakan protein yang menggalakkan pertumbuhan pokok. Ianya mampu meningkatkan penghasilan buah atau bunga. Kandungan baja ini mengandungi 0.2% kerana GA yang terlalu banyak akan menyebabkan perkembangan buah atau bunga terbantut.

6. Selain daripada itu, baja PIRAB JUMBO ini juga mengandungi komponen N-P-K sama seperti baja sintetik atau kimia yang ada di pasaran. N (Nitrogen) membantu pertumbuhan daun supaya lebih sihat dan kuat. P (Phosphorus) membantu pertumbuhan serta perkembangan akar dan bunga manakala K (Potassium atau Potash) penting untuk kesihatan tumbuhan secara keseluruhan. Jika dibandingkan baja PIRAB JUMBO dan baja sintetik yang terdapat di pasaran, peratusan N-P-K baja PIRAB JUMBO ini adalah lebih rendah. Ini kerana mineral di dalam AZOMITE mempunyai kadar N-P-K yang rendah. Selalunya kita menggunakan baja yang mengandungi nisbah N-P-K yang tinggi untuk menghasilkan kadar pertumbuhan yang lebih baik. Akan tetapi aplikasi peratusan N-P-K yang berlebihan walaupun dapat mempercepatkan pertumbuhan pokok, ia mampu menjadikan pokok lemah dan mudah diserang penyakit dalam jangkamasa panjang. Kadar N-P-K yang rendah di dalam Baja PIRAB JUMBO ini memberi kelebihan dari aspek penggunaan yang berlebihan baja ini tidak akan menyebabkan pokok menjadi panas dan mati.

7. Baja PIRAB JUMBO adalah baja organik yang menggabungkan enam komponen biologi yang utama dan penting bagi pertumbuhan serta perkembangan tumbuhan, yang tidak terdapat pada baja organik biasa atau baja sintetik/kimia yang ada di pasaran. Baja PIRAB JUMBO merupakan baja organik yang sangat efektif kerana kandungan bahannya yang stabil dan 100% bersifat organik. Ianya adalah mesra alam kerana tiada unsur kimia yang menyerap di dalam tanah seterusnya dialirkan ke kawasan sumber air apabila digunakan. Baja PIRAB JUMBO mampu mengubah persepsi masyarakat Malaysia untuk menggunakan baja yang tidak merosakkan tanah khususnya dan alam sekitar amnya tetapi berkeupayaan meningkatkan daya pengeluaran hasil pertanian.

Sunday, July 6, 2008

Panduan Membaja Pokok Kelapa Sawit Dengan Pirab Jumbo

Baja Organik Pirab Jumbo

Harga per tan = RM1,800

Panduan Membaja Pokok Kelapa Sawit Dengan Pirab Jumbo

§ Pokok 1 Tahun

~ Dos : 1.5kg per pokok

~ Kekerapan : setiap 2 bulan sekali. ( Jumlah = 9kg per pokok setahun )

~ 1 Ekar, 60 pokok x 9kg : 540kg seekar

~ 10 ekar = 5.5 tan = RM9,900 per 10 ekar setahun

§ Pokok 2 - 3 Tahun

~ Dos : 1.5kg per pokok<

~ Kekerapan : setiap 3 bulan sekali. ( Jumlah = 6kg per pokok setahun )

~ 1 Ekar, 60 pokok x 6kg : 360kg seekar

~ 10 ekar = 3.5 tan = RM6,300 per 10 ekar setahun

§ Pokok 3 - 5 Tahun

~ Dos : 3 kg per pokok

~ Kekerapan : setiap 3 bulan sekali. ( Jumlah = 12 kg per pokok setahun )

~ 1 Ekar, 60 pokok x 12 kg : 700kg seekar

~ 10 ekar = 7 tan = RM12,600 per 10 ekar setahun

§ Pokok 5 - 10 Tahun

~ Dos : 4 kg per pokok

~ Kekerapan : setiap 4 bulan sekali. ( Jumlah = 12 kg per pokok setahun )

~ 1 Ekar, 60 pokok x 12 kg : 720kg seekar

~ 10 ekar = 7 tan = RM12,600 per 10 ekar setahun

§ Pokok 10 Tahun keatas

~ Dosage : 4.5 kg per pokok

~ Kekerapan : setiap 4 bulan sekali. ( Jumlah = 13.5 kg per pokok setahun )

~ 1 Ekar, 60 pokok x 13.5 kg : 810kg seekar

~ 10 ekar = 8 tan = RM14,400 per 10 ekar setahun

Sebutharga dia atas adalah berdasarkan kepada order minima 15 tan. Sila hubung pegawai-pegawai kami untuk keterangan lanjut

Thursday, June 26, 2008

Azomite® is the Main Ingredient in Pirab Jumbo

Bahan-Bahan Yang Terkandung Dalam Baja Organik Pirab Jumbo


Panduan dan Cara Pengunaan


Kelulusan Jabatan Pertanian







Misi Kami - Untuk Meperkenalkan Konsep Satu Baja Organik Untuk Semua Tanaman

Baja yang dimaksudkan adalah Baja Organik Pirab Jumbo

Baja Organik Pirab Jumbo adalah baja pelbagai guna kerana ia adalah baja Membaikpulih Struktur Tanah serta mampu menambah hasil tanaman dan menjadikan hasil tanaman lebih berkualiti. Ia amat sesuai untuk akar tanaman, batang tanaman serta daun dan buah tanaman. Mengandungi N 6%, P 4%, K 2%, GA 0.2%, HA 5%, om 35%.

Produk Baja Pirab Jumbo telah melalui proses kuarantin di Jabatan Pertanian, Bahagian Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan. Ianya telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pengimportan Mikro Organisma dan Bahan Organan. Produk baja Organik Pirab Jumbo mampu menembusi pasaran domestik dan juga antarabangsa kerana ianya telah terbuktikan keberkesanannya di Thailand yang lebih berpengalaman dalam bidang pertanian.

Baja Organik Pirab Jumbo telah diberi kelulusan oleh beberapa agensi kerajaan Malaysia seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Pengaliran dan Saliran. Penggunaan baja ini tidak memberi kesan sampingan yang negatif terhadap tanah dan persekitarannya samada jangka masa yang singkat mahupun panjang. Penggunaan yang berlebihan juga tidak mendatangkan kesan negatif ke atas tanaman dan tanah persekitaran sekiranya berlaku lebihan penggunaan (over dosage).

Cara-cara Penggunaan dan Sukatan:

Sayuran:
75 kg - 150 kg / hektar

Kelapa Sawit
Permulaan tanam-masuk lubang 500 gm / pokok
Pembesaran / buah-tabur keliling 1 kg / pokok

Pokok Getah
Permulaan tanam-masuk lubang 200 gm / pokok
Pembesaran / susu-tabur keliling kanopi - 500 gm / pokok

Padi

Permulaan tanam / membajak - 150 kg / hektar
Pengeringan air - 150 kg / hektar